Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Indonesia Pakej Bandung

Melancong Ke Bandung: 7 Tempat Shopping Yang Paling Popular Semasa Bercuti Di Bandung

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
29 April, 2024
Kategori: Pakej Bandung
Masa Bacaan: 2 mins read
20.3k 846
A A
4
Tempat-Menarik-di-Bandung
22k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO PROMO PROMO
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Bercadang melancong ke Bandung? Bandung yang terletak di Indonesia adalah salah satu syurga buat kaum perempuan.

Masakan tidak, Bandung merupakan tempat yang sangat murah untuk membeli belah terutamanya barangan wanita seperti kain, pakaian kasut dan tas tangan.

Pakej Hanoi 2025 Pakej Hanoi 2025 Pakej Hanoi 2025
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Malahan, pembagai pilihan barangan menarik boleh didapati di Bandung dan harganya jauh lebih murah daripada barangan di Malaysia.

Bandung, dikenali sebagai “Kota Kembang”, adalah destinasi yang sempurna untuk pelancong dari Malaysia

Dengan udara yang sejuk dan pemandangan alam yang memukau, Bandung menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Anda boleh mengunjungi Taman Botani Bandung untuk menikmati keindahan flora.

Jelajahi Kota Tua Bandung dengan bangunan bersejarah dan Chinatown yang sangat meriah. Ketahui juga bahawa para pendaki akan suka mendaki Gunung Tangkuban Perahu, sebuah gunung berapi aktif dengan pemandangan yang luar biasa.

Pasar Terapung Lembang adalah tempat yang menarik untuk mencuba kuliner lokal dan membeli cenderamata. Untuk pengalaman yang lebih santai, Dago Pakar adalah lokasi berkelah yang ideal dengan pemandangan kota yang indah.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Muzium Fotografi untuk mempelajari tentang sejarah fotografi di Indonesia.

Bandung juga terkenal dengan pusat belanja seperti Braga Shopping Center yang menawarkan pelbagai pilihan fesyen. Dengan kepelbagaian tarikan ini, Bandung pasti akan memberikan pengalaman yang tidak terlupakan bagi setiap pelancong.

Pakej-Bandung-Indonesia

  • Lihat Pakej Percutian Terkini Bandung
  • Lihat Penginapan Terbaik di Bandung
  • Lihat Aktiviti Menarik di Bandung
  • Lihat Peta Percutian di Bandung

Pin

  • 1 Pasar Baru Bandung
  • 2 Batik Bidadari, Taman Kopo Indah
  • 3 Pasar Cibaduyut, Bandung
  • 4 Aria Jeans, Jalan Merdeka
  • 5 Factory Outlet Bandung
  • 6 Toko Tiga Bandung
  • 7 Melancong Ke Bandung Kartika Sari
Mari kita lihat tempat mana yang anda WAJIB kunjungi untuk membeli-belah di Bandung Indonesia


Pasar Baru Bandung

Pasar Baru Bandung pasar tertua di kota ini adalah tempat beli belah wajib untuk berbelanja
Pasar Baru Bandung pasar tertua di Bandung adalah tempat membeli-belah pilihan utama | CC: Phalinn Ooi

Bagi para wanita yang berminat untuk membeli kain-kain ela dan kain pasang untuk baju kurung, dan telekung, Pasar Baru adalah destinasi wajib untuk dikunjungi.

Pasar Baru mempunyai 8 aras dan 1 hari mungkin tidak cukup untuk melawat setiap kedai yang terdapat di situ. Pengunjung sudah pasti akan rambang mata untuk memilih kain yang mempunyai pelbagai corak dan warna.

Malah, anda turut boleh menawar harga dan dapatkan harga yang terbaik! Wang sebanyak RM1000 mungkin tidak cukup bagi pengunjung yang ingin memborong kain-kain yang ada di sana.

Pakej Eropah 2025 Pakej Eropah 2025 Pakej Eropah 2025
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Yang menariknya, anda juga boleh menempah baju di mana-mana kedai jahitan dan baju anda akan disiapkan hanya dalam masa 1 hari dengan kualiti yang terbaik! Upahnya juga serendah RM15. Menarik bukan? Manakala, di bahagian bawah pula terdapat gerai-gerai yang menjual kacang, kuih-muih, sagu dan pelbagai makanan kering yang lain.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Otto Iskandar Dinata No.81-89, Braga, Kec. Sumur Bandung, Kota Bandung, Jawa Barat 40111, Indonesia

Batik Bidadari, Taman Kopo Indah

Batik Bidadari
Batik yang dibuat menggunakan tangan dibuat dengan sangat cantik di sini, harga adalah harga yang berpatutan | CC: Sabjan Badio

Batik Bidadari adalah tempat pengeluar produk kain sulam dan manik sebelum dihantar ke Pasar Baru. Oleh itu, pakaian di situ lebih murah berbanding Pasar Baru.

Pilihan juga lebih banyak. Makin rambang matalah makcik-makcik dan kakak-kakak yang melawat ke sini.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Komplek Taman Kopo Indah 1 blok B2 No. 134, Margahayu Selatan, Margahayu, Margahayu Tengah, Kec. Margahayu, Bandung, Jawa Barat 40225, Indonesia

Pasar Cibaduyut, Bandung

Pasar Sepatu Cibaduyut
Keceriaan President Jokowi membeli kasut di Pasar Sepatu Cibaduyut | CC: Detik

Bagi peminat-peminat kulit asli, di sinilah tempat anda. Di sini, anda mampu mendapatkan barangan kulit dengan harga yang jauh lebih murah dari barangan yang kita boleh dapat di Malaysia.

Kasut wanita, lelaki dan kanak- kanak adalah barangan popular dijual di sini. Anda jangan terkejut kualiti buatannya adalah sangat bagus dan berseni.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Cibaduyut Raya No.122, Cibaduyut, Kec. Bojongloa Kidul, Kota Bandung, Jawa Barat 40236, Indonesia

Aria Jeans, Jalan Merdeka

Aria Jeans
Aria Jeans juga menyediakan jahitan seluar jeans khas untuk saiz kecil atau saiz lebih besar | CC: @iin_maizano

Anda penggemar pakaian yang berunsurkan jeans? Jubah jeans? Ya, di sini lah tempat anda. Pelbagai jenis jeans yang berkualiti dijual di sini.

Seperti biasa, dengan harga yang mampu anda miliki. Anda juga boleh membeli kain jeans pilihan anda dan menempah di ‘tailor’ yang ada di tempat tersebut.

Jadi, tempat ini sangat sesuai jika anda mempunyai tubuh yang kecil molek dan agak ‘comel’ di mana susah untuk mendapat jeans yang sesuai dengan saiz.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Merdeka No.5, Braga, Kec. Sumur Bandung, Kota Bandung, Jawa Barat 40111, Indonesia

Factory Outlet Bandung

Factory Outlet Bandung
Setiap hujung minggu, pelancong dari bandar-bandar jiran berduyun-duyun berbelanja di kedai-kedai Factory Outlet yang banyak di Bandung | CC: Irwandy

Burbery, Nike, Hugo, Guess, Esprit dan Gap adalah pilihan anda untuk membeli pakaian dan beg tangan?

Factory Outlet pasti tempat yang perlu anda terjah. Kebanyakan barangan berjenama untuk lelaki mahupun wanita ada dijual di sini.

Pakej Sabah Pakej Sabah Pakej Sabah
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Harganya sudah pasti jauh jauh dan jauh lebih murah daripada barangan berjenama yang dijual di Malaysia dan kualitinya setanding ‘brand’nya.

Terdapat juga banyak baju-baju wanita menarik berkualiti tinggi anda boleh temukan disini.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Dr. Setiabudi No.41, Pasteur, Kec. Sukajadi, Kota Bandung, Jawa Barat 40143, Indonesia

Toko Tiga Bandung

Toko Tiga Bandung
Toko Tiga Original Jeans Center, Bandung menawarkan himpunan fashion jeans terkemuka di Bandung | CC: Ashida

Selain Factory Oulet, anda juga boleh mendapat barangan berjenama dengan harga sangat murah. Barangan kulit juga boleh didapati di Toko Tiga ini. Wah, hebat bukan?

Anda jika peminat barangan kulit, atau Jeans atau ‘Western Cowboy’ ini adalah pilihan yang tepat. Pelbagai barangan ‘Rare’ ada di sini.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Jendral Ahmad Yani No.112-116, Malabar, Kec. Lengkong, Kota Bandung, Jawa Barat 40262, Indonesia

Melancong Ke Bandung Kartika Sari

Kartika Sari
Kartika Sari terkenal dengan kek pastri, pisang bollen, brownies, keripik jajanan, kek taart dan roti sedap

Kartika Sari adalah bakeri yang menjual pelbagai jenis brownies, kek dan pisang salai dengan harga yang sangat murah.

Malah, di sini juga ada menjual ‘snack’ yang boleh dijadikan alas perut ketika anda membeli belah.

Kedai kek ini adalah salah satu tempat yang wajib anda kunjungi dan memborong pelbagai jenis brownies yang ada di sana. insyaaAllah tidak akan rugi.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Ir. H. Juanda No.85 – 87, Lb. Siliwangi, Kecamatan Coblong, Kota Bandung, Jawa Barat 40132, Indonesia

Bersambung…

Pakej-Bandung-Indonesia

Tags: bandung dari klia kuala lumpurpakej percutian ke bandung
Cupon Cupon Cupon
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Percutian-ke-Bandung-Indonesia
Pakej Bandung

Panduan Melancong Ke Bandung: 4 Persediaan Penting

  Panduan melancong ke Bandung: Ingin melangsungkan percutian ke Bandung? Tapi tak tahu apa yang perlu dilakukan apabila sampai ke...

Oleh: Hadi Ghazali
11 Jun, 2024
15.4k
Dusun-Bambu-Bandung
Pakej Bandung

Trip Bandung Popular 2 Destinasi Terbaik: Dusun Bambu & Lembang Floating Market

  Jika anda berkunjung ke Lembang, Dusun Bambu seharusnya berada didalam senarai tempat yang patut anda lawati. Jaraknya tidak begitu...

Oleh: Hadi Ghazali
3 Jun, 2024
3.2k
Selanjutnya
4 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
4 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej-Kashmir-India-2025

REKOMEN

tempat-menarik-di-kota-kinabalu

30 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Terkini

2 September, 2024
68.6k
tempat menarik di perak

40 Aktiviti & Tempat Menarik di Perak

3 Oktober, 2024
40.7k
Pulau-di-Johor

15 Pulau di Johor Paling Popular Untuk Percutian Anda

2 Mei, 2025
29.9k
blank

10 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

18 November, 2024
68.6k
tempat menarik di penang

26 Tempat Menarik Di Penang Terkini

12 Oktober, 2024
15.4k
blank

15 Tempat Menarik di Bukit Fraser Berserta Aktiviti Popular

28 Februari, 2024
24.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2025

Pakej-Osaka-2025

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2025 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2025 Melancong.my

wpDiscuz